head

Friday, July 31, 2015

Gempar!! Sindiket Online Pelacuran Remaja Terbongkar!!



Sindiket Online Pelacuran Remaja Terbongkar

sindiket pelacuran remaja bawah umur secara dalam talian yang bergiat aktif di sebuah kondominium di kawasan Kalibata di Jakarta Selatan.
Akhbar tempatan Koran Tempo memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya Heru Pranoto sebagai berkata polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi ‘bapa ayam’ dan berjaya menyelamatkan enam remaja perempuan yang dijadikan pelacur itu.
Katanya polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk kad akses ke kondominium dan telefon bimbit milik lelaki terbabit yang dipercayai membuat tawaran perkhidmatan pelacuran secara dalam talian itu.
“Sindiket pelacuran secara dalam talian itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lepas dan polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk beberapa laman sesawang dan laman sosial Twitter dan facebook,” katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu masing-masing berumur antara 14 dan 19 tahun.
“Seorang daripada mangsa didapati hamil enam bulan tetapi remaja itu masih dipaksa melayan sehingga tiga pelanggan sehari,” kata Heru.
Sementara itu, akhbar itu turut melaporkan kesemua enam mangsa sindiket pelacuran itu kini diberi perlindungan sosial bagi membantu siasatan.
Polis berkata kesemua wanita dan kanak-kanak itu akan menjalani pemulihan akhlak supaya tidak lagi menjadi pekerja seks.
Kegiatan perkhidmatan pelacuran dalam talian menjadi perhatian di negara ini ekoran kes seorang wanita muda yang menjalankan aktiviti tidak sihat itu maut akibat dibunuh oleh pelanggan di dalam sebuah bilik sewanya di Jakarta Selatan baru-baru ini.

SUMBER

Thursday, July 30, 2015

PANAS!!! GADIS CUN INI MENGAKU BERANI "buat apa nak malu.?."

MEDAN - Seorang mahasiswi yang mempunyai paras cantik dan comel memilih bekerja sebagai 'cleaner' di sebuah stesen kereta api.Dengan kecantikan yang dimiliki, tidak membuatkan dirinya malu untuk bekerja sebagai 'cleaner' demi membayar wang pengajiannya.

Gadis berusia 19 tahun bernama Duma Mariana Boru Simanjuntak, rela menjadi 'cleaner' di Stesen Besar Kereta Api Medan.
"Saya bekerja untuk meringankan beban orang tua, supaya tidak terlalu berat memikirkan pendidikan saya. Buat apa malu? Saya perlukan wang untuk meneruskan pelajaran," katanya.
Niat Duma tidak mahu membebankan orang tuanya, selain dari mempunyai tiga beradik lain yang masih berada di bangku sekolah.
Duma bekerja setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 3 petang. Sungguhpun memiliki rupa yang cantik, dia tetap ditugaskan melakukan kerja-kerja seperti membersihkan lantai, kaca sehinggalah ke tandas stesen berkenaan.
Duma mengaku, pada dasarnya, dia juga mementingkan kebersihan dalam hidupnya.
Bercakap mengenai masa depan, Duma berharap dia akan berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada orang lain selain dari mengaku memiliki cita-cita untuk menjadi 'manager' sesebuah perniagaan yang boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.
"Mudah-mudahan saya boleh mengecapi kejayaan dan cita-cita saya untuk menjadi manager," katanya.
Duma juga mengakui dia sering ditegur oleh pengunjung-pengunjung stesen ketika sedang bertugas. Ada juga yang melemparkan senyuman kepadanya yang dipercayai tertawan dengan kecantikan yang dimilikinya itu.



SUMBER

Thursday, July 23, 2015

3岁男童黄浚森与父母到槟岛市区一家广场购物时,疑因好奇而坐下用右手触摸扶梯,结果手掌被扯入缝隙中...



昨日傍晚6时许,3岁男童黄浚森与父母到槟岛市区一家广场购物时,疑因好奇而坐下用右手触摸扶梯,结果手掌被扯入缝隙中,痛得大声哭喊。

广场保安、职员、扶梯技师和消拯队陆续到场后,由扶梯技工使用工具及润滑油等,慢慢把男童的手抽出。

据知,男童因手掌等处的皮被扯开,伤口深可见骨,被送入檳城中央医院急救。