head

Friday, August 7, 2015

HANGAT!! TIADA MALU PUNYA GADIS MELAYU...( 4 GAMBAR )










Gambar-gambar ini telah tersebar di Google, sungguh memalukan apabila gambar ini dengan meluas tersebar di internet yang mana melibat gadis-gadis melayu. Malah apa yang lebih menyedihkan adalah kalangan yang paling ramai yang memenuhi hasil carian di google itu adalah pelajar-pelajar sekolah.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat gadis-gadis ini. Mungkin mereka pada waktu itu terlalu didorong oleh nafsu dan syaitan yang tidak henti-henti mengoncangkan mahkota iman di dalam dirinya.
Terkandas merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau sejauh mana pun telah terkandas dari landasan tetap tidak pernah terlewat untuk kembali ke pangkal jalan.


SUMBER

Lelaki ‘liar’ ditangkap khalwat, Tokoh Maulidur Rasul nyaris maut

Sungkai  –  Pengalaman nyaris ditembak seorang lelaki yang ditangkap berkhalwat di Taiping adalah pengalaman paling tidak dapat dilupakan seorang penerima Tokoh Maulidur Rasul 1434 Hijrah di Perak.


Jamaludin Osman, 56, yang menjadi anggota sukarelawan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sejak 2000 dipilih menerima anugerah Tokoh Penguat kuasa Agama.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi pertengahan 2009 bersama empat lagi anggota sukarelawan penguat kuasa JAIP selepas menerima laporan pasangan bukan muhrim menginap di hotel di bandar berkenaan.
“Ketika seorang anggota penguat kuasa hendak memberkas pasangan lelaki, dia memberontak serta mengeluarkan sepucuk pistol.
“Kami cuba menasihatinya menyerah secara baik, tetapi dia terus menarik picu pistol hendak menembak saya yang berada kira-kira tiga meter darinya.
“Keadaan jadi kelam-kabut sebelum saya dapat menyelinap turun dan menghubungi polis yang berjaya memujuk pasangan itu menyerah diri tanpa kejadian tidak diingini,” katanya selepas menerima anugerah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Maktab Rendah Sains Mara, di sini, semalam.
Jamaludin juga pernah menerima ugutan melalui telefon setiap hari selama sebulan yang dipercayai dilakukan seorang pesalah syariah menyebabkannya terpaksa membuat laporan polis.
Sementara itu, Tokoh Keluarga Mithali diterima pesara tentera, Danyal Ghazali, 70, atas semangatnya membesarkan 11 anak iaitu sembilan perempuan dan dua lelaki sehingga semuanya berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.
Danyal yang berasal dari Lenggong, berkata, beliau menganggap anaknya sebagai kawan sambil menerapkan disiplin tentera dan isterinya, Zalekha Othman, 67, membantunya memberi pendidikan agama yang sempurna kepada mereka.

SUMBER

Wednesday, August 5, 2015

MESTI TENGOK!!! PENDUDUK GEMPAR GUNUNG BARU TIBA-TIBA MUNCUL DI SABAH ( 1 GAMBAR )


Menurut wanita itu, gunung tersebut tidak pernah wujud dan hari ini (1 Ogos) baru saja wujud dan dapat dilihat dengan jelas sekali.
Ekoran tersilap cakap, ramai netizen yang telah salah faham dan menganggap gunung itu baru wujud dan timbul pula spekulasi yang mengatakan ianya terhasil selepas kejadian gempa bumi di negeri itu baru-baru ini.




Namun, apa yang berlaku ialah gunung yang didakwa baru wujud itu sebenarnya jarang dapat dilihat secara jelas seperti itu berikutan pemandangan terhalang oleh kabus tebal.
Sehinggalah pada hujung minggu yang lalu, rakyat tempatan diberikan ‘peluang’ olehNya untuk melihat gunung baru atau Gunung Kinabalu itu secara jelas tanpa dihalang oleh kabus.
Orang ramai yang jarang berpeluang menyaksikan pemandangan yang indah itu, berhenti di tepi jalan dan merakam gambar gunung berkenaan sebagai tanda kenang-kenangan.

SUMBER

Sunday, August 2, 2015

HANGAT! JOM KITA PERGI LIHAT KININYA A MOEY ... ( 8 GAMBAR )

Jom kita lihat gambar-gambar para gadis yang tidak mengetahui erti sebenarnya bertudung di bawah ini:








Memakai tudung merupakan perkara yang wajib kaum muslimah atas tujuan untuk menutup aurat. Namun, pada hari ini para gadis melayu yang beragama Islam sudah tidak tahu apa signifisi sebenar memakai tudung. Mereka menganggap ia hanya satu fesyen yang dipakaikan di atas kepala.
Mereka hanya memakai untuk berfesyen bukan lagi dengan tujuan untuk menutup aurat. Oleh kerana kurang kefahaman terhadapa menutup aurat ini timbul beberapa perkara yang memalukan orang melayu kita sendiri. Di mana para gadis memakai tudung namun aurat di bahagian lain masih jelas dipertontonkan.
Jelas di sini, bahawa mereka amat lemah terhadap kefahaman agama. Mereka masih tidak nampak dengan jelas apa yang dituntut oleh agama. Sebab itu muncuk jenaka dari Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan, "Orang perempuan tidak wajib memakai tudung." Itulah kata-kata beliau yang membuat orang ramai mula pening dan memikir beliau sesat. Hahaha. Benar sekali jenaka Ustaz Azhar Idrus tersebut, orang perempuan TIDAK WAJIB memakai tudung, tetapi WAJIB menutup aurat.


SUMBER

Saturday, August 1, 2015

HANGT!! Ketika Isteri Tiada, Adik Ipar Masuk Ke Bilik Suami Dengan Hanya Berpakaian Dalam...


Saya berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.

Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.

Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya.

Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.

Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor

ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda.

Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.

Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.

SUMBER