head

Monday, June 15, 2015

Mak Cik Teresak-Esak Tepi Jambatan P. Pinang Sebab Kucing

KASIH sayang tidak memiliki sempadan dan luas terbentang untuk makhluk di muka bumi ini berkongsi rasa.Satu kisah yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, telah menyentuh hati ramai orang kerana memperlihatkan hubungan erat antara seorang manusia dan haiwan kesayangannya.Kisah benar tersebut diceritakan oleh seorang individu yang menjadi saksi kejadian.Menurutnya, ketika pulang dari tempat kerja menggunakan laluan jambatan Pulau Pinang, dia ternampak seorang wanita Melayu memarkir kenderaannya di tempat kecemasan sambil menangis teresak-esak.Oleh kerana prihatin, dia turun bertanyakan situasi wanita tersebut.Cerita wanita yang dipanggil mak cik itu, meter suhu keretanya naik lantas dia terpaksa memberhentikan kenderaannya di situ.UntitledKlik Untuk Gambar BesarApabila dia membuka bonet hadapan keretanya untuk pemeriksaan, dia terkejut apabila terlihat kucing kesayangannya tersangkut di bahagian enjin.Lagi memilukan, saat dia menyedari tentang kejadian tersebut, kucingnya itu telahpun mati akibat suhu panas di bahagian enjin.Malah, menurut individu tersebut, bau bulu dan daging terbakar turut dapat dihidu ketika bonet terbuka. Kasihannya…Mak cik tersebut berkata, ketika hendak keluar dari rumah sebelum itu, kucing berkenaan sememangnya mahu mengikutnya, namun dihalang. Lantas si kucing menghilangkan diri.Tanpa disedari, rupa-rupanya si kucing telah masuk ke bahagian enjin dan akhirnya tersangkut di situ sebelum mati.Apa yang menambahkan kesedihan di hati wanita itu adalah kerana kucing itu memiliki anak yang masih menyusu.Sabarlah mak cik… harapnya anak-anak kucing yang kematian ibunya itu dapat jadi pengganti dan menggembirakan hati mak cik, ya!




Video



Saturday, June 6, 2015

AWAS!! BAHAYA MINUMAN 3 IN 1 !!!


Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.


Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut.Selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.



Krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.




Info Kandungan minuman 3-in-1:



1) Mengandungi lebih tiga sudu gula dalam setiap pek.

2) Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan

3) Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

4) Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.

5) Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.


6) Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.


SUMBER

Malang!! Gadis Cantik Ini Tersilap Hantar Gambar Tanpa Seurat Benang Kepada Bapa Sendiri !!!


Anak Tersilap Hantar Gambar B@gel Kepada Bapa Sendiri.. tersalah send gambar itu perkara normal tapi tersalah send gambar bogel kurang normal lagi-lagi bapa sendiri. Lihat gambar dibawah.





Begitulah yang terjadi kepada gadis yang hanya dikenali sebagai Dear Fashionn dalam akaun Twitternya.

Semenjak post tersebut tersebar di akaun twitternya, pengikutnya yang pada mulanya hanya 800 orang telah meningkat mendadak kepada 13,000. Heh, cara mudah tapi memalukan untuk untuk mendapatkan perhatian.


SUMBER

Menyayat Hati !! Gadis 13 Tahun Bunuh Diri Selepas Bapanya Memuat Naik Video Memalukan Dilaman Sosial !!!!

 Isabel Laxamana dari Tocoma Washington US, meniggal di hospital pada jumaat lalu 29/5/2015 dan selepas bedah siasat pihak doktor mengesahkannya bunuh diri.

 Sehari sebelum kejadian itu, sebuah video yang bedurasi selama 15 saat di muat naikkan ke youtube oleh bapanya sendiri. Video yang memaparkan Isabel berdiri didalam bilik dengan helaian rambutnya di lantai.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, Ayahnya berkata : "kamu telah merosakkan semuanya, kamu telah hilang semua rambut-rambut cantik kamu itu, adakah ianya berbaloi?"
"tidak" Isable menjawab dengan laju."sudah berapa kali saya ingatkan kamu?"" Isabel menjawab" banyak kali.
Dengan tersebarnya video berkenaan, Isabel didapati membunuh diri dan ratakan-rata netizen mengecam tindakan bapanya memalukan Isabel dengan cara begitu.

 Fanpage telah ditubuhkan oleh beberapa individu bagi mendesak keadilan untuk Isabel dengan nama 'Justice For Isabel" dengan sedikit penerangan ianya mahu membangkit kesedaran kepada ibubapa terhadap "ibubapa yang memalukan itu"


SUMBER