head

Sunday, October 25, 2015

HOT IPOH !!!Jeti Taman Rekreasi Gunung Lang Ditutup Untuk Dinaik Taraf (3 Gambar)

IPOH: Jeti Taman Rekreasi Gunung Lang akan ditutup selama lima bulan bermula pada 26 Oktober ini sehingga 26 Mac 2016.


Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, penutupan tersebut berikutan Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) akan melakukan pengubahsuaian dan menaiktaraf bangunan jeti di taman rekreasi berkenaan.
“Walau bagaimanapun, perkhidmatan bot masih berjalan seperti biasa dengan menggunakan jeti sementara.
“Kerja-kerja menaiktaraf tersebut adalah untuk kemudahan para pengunjung pada masa hadapan,” tegasnya lagi.
Ujarnya, pihak MBI memohon maaf di atas segala kesulitan sepanjang kerja-kerja menaiktaraf kawasan tersebut berjalan.
Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan ini telah dibuka pada tahun 1999 yang melibatkan kerjasama di antara MBI dan Jabatan Lanskap Negara.

SUMBER

No comments:

Post a Comment